Monday, July 19, 2010

Mengenali Golongan TEKNODAIE

Teknologi maklumat dan pendakwah bukanlah sesuatu yang asing dalam usaha pendakwahan di alaf baru ini. Jesteru,mari kita mengenali siapakah yang bergelar teknodaie dan kepentingannya dalam menyusur arus dakwah semasa.

Sheikh Mohd Saifuddeen Sheikh Mohd Salleh dalam artikelnya mentafsirkan Teknodaie sebagai golongan pendakwah yang menggunakan teknologi untuk menjalankan kerja dakwah bagi menyeru ke jalan Allah dengan melakukan kebaikan danmeninggalkan kemungkaran.

Golongan Tekno-daie dalam konteks abad ke-21 ini berkemungkinan besar merupakan satu kumpulan individu atau jemaahyang mempunyai kepakaran mereka tersendiri

Selain itu juga, dalam jemaah Teknodaie tersebut, terdapat seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang agama yang akan menjadi orang di hadapan tabir menyampaikan mesej amar makruf nahi mungkar. Mereka akan disokong oleh individu lain di belakang tabir yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi yang akan menyediakan bahan dakwah dalam bentuk yang inovatif, interaktif dan menarikuntuk disampaikan kepada orang ramai.

Golongan teknologis berperanan dalam membuat pakej dengan menggunakan teknologi terkini supaya Islam akan disampaikan dengan lebih berkesan dan cekap.Golongan ulama pula menyediakan bahan kandungan yang amat diperlukan bagi tujuan dakwah.

Perlu disedari bahawa cabaran yang menanti umat Islam hari ini ialah ketandusan dan kekurangan bahan-bahan Islam yang menggunakan ICT.Jesteru, bahan-bahan Islam yang menggunakan ICT ini perlu diperbanyakkan.

Bagi menjayakan matlamat ini, perlu ada kerjasama di antara golongan alim ulama dengan golongan teknologis. Gabungan kedua-dua inilah yang akan mencetuskan dan merealisasikan jemaah teknodaie.

Tafsiran Teknodaie Pejabat Mufti Selangor adalah golongan pendakwah yang menggunakan teknologi dalam menjalankan kerja dakwah.Fokus diberikan kepada ICT , dan apa-apa juga teknologi yang boleh digunakan demi kepentingan dakwah Islamiah.

Dunia tanpa sempadan membawa dimensi baru kepada dunia dakwah. Kepelbagaian teknologi kini memerlukan pendakwah berinovasi dalam penyambaian dakwah dan pada masa yang sama tidak memikirkan metode dakwah asas seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya. Sebaliknya metodologi asas yang sudah dipraktikkan sejak sekian lama harus diberikan nafas baru seperti tayangan multimedia dan sebagai

Bonus untuk Majalah Cahaya...